Parkour Komuniti

Parkour adalah satu seni pergerakan di mana kita melatih tubuh badan dan minta untuk melepasi halangan. Seorang pelaku atau penggiat parkour digelar sebagai 'tracuer' (lelaki) dan 'traceuse' (perempuan), menggunakan keadaan sekeliling untuk mempertingkatkan keupayaan bergerak dalam kawasan tersebut.

Mereka bergerak melalui halangan, di sekitar binaan arkitek atau keadaan semulajadi sekeliling, pelaku parkour berasa selesa dengan kawalan pergerakan badan dan menguasai kawasan tanah.

Sebagai seoranga penggiat parkour disiplin amatlah penting terutama dalam latihan harian, fizikal dan teknikal, untuk meningkatkan elemen pergerakan semulajadi badan seperti kekuatan, kepantasan, keseimbangan, koordinasi, ketepatan, kekuatan dan ketahanan.

Parkour sama seperti seni mempertahankan diri yang lain, bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk atau bergaduh.

Pergerakan parkour diambil dari pergerakan haiwan, ia melibatkan kekuatan badan dan keseragaman pergerakan, bermaksud kesemua anggota badan akan bekerja bersama.

Selain kebaikan fizikal, kebanyakan orang melihat latian parkour membina kejelasan mental, keyakinan, disiplin diri, kebolehan menghadapi ketakutan dan pelbagai lagi kebaikan.

Aktiviti parkour boleh dikatakan sebagai satu aktiviti komuniti yang baru di KK. Setakat ini hanya ada satu sahaja komuniti parkour yang aktif dan masih menjalankan latihan setiap minggu.

Saya berkesempatan melihat sendiri latihan yang mereka jalankan minggu lalu bertempat di Tanjung Aru. Difahamkan latihan parkour akan dijalankan setiap minggu di beberapa tempat terpilih mengikut kepada undian.




Untuk maklumat lanjut atau jika anda berminat menyertai komuniti sihat ini, boleh layari KK Parkour atau KK Parkour Forum.

Pada hari ini, latihan dan perjumpaan akan diadakan di Taman Ujana Rimba berdekatan dangan Arkib Negeri Sabah pada pukul 4.00 petang.



Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates