Bersenam seawal 6.30 pagi sambil menghirup udara segar memberikan kepuasan setiap kali hujung minggu. Hujan yang sering turun pada lewat petang hampir setiap hari menyebabkan kami mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti riadah hari ini pada awal hari.
Dan setelah puas beriadah, sudah pastinya sarapan pagi tidak akan kami tinggalkan. Kami membuat keputusan untuk singgah bersarapan pagi di Fook Yuen Care & Restaurant, Karamunsing Capital. Restoran ini adalah persinggahan wajib kami setiap kali hujung minggu atau ketika bercuti. Ia bukan sahaja menawarkan makanan ala Cina, barat dan segera tetapi juga murah.
Pilihan makanan kami ialah roti bakar, roti kawin, kuey teow goreng, telur mata kerbau, fishball, Milo suam (RM1.70) dan air tebu (RM1.80).
Sarapan pagi yang mudah dan cepat. Kuey teow goreng - RM1.30, fishball - RM1.30 dan telur mata kerbau RM1.00. Kesemuanya berharga RM3.60 sahaja untuk hidangan ini.
Menu wajib kami apabila datang ke sini, roti bakar dan roti kahwin (kaya dan mentega), hanya berharga RM 1.20 setiap set (2 keping roti). Gambar di atas menunjukkan 4 set roti dan kesemuanya berharga RM4.80 sahaja.
Konsep 'open air' memberikan pilihan tempat duduk kepada pelanggan. Sesuai untuk mereka yang mengejar masa kerana perkhidmatannya pantas.
Menggunakan sistem layan diri, pelanggan tidak dikenakan bayaran perkhidmatan.
Kami pasti akan kembali lagi ke Fook Yuen Cafe & Restaurant kerana ia persinggahan wajib untuk menu yang ringkas. Untuk mereka yang gemar melayari internet, kafe ini menyediakan perkhidmatan 'Wi-Fi' secara percuma. Kafe ini terletak di kawasan perniagaan baharu, Karamunsing Capital bersebelahan dengan Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu. Mari bah, pi cari makan di sini.