Bersenam seawal 6.30 pagi sambil menghirup udara segar memberikan kepuasan setiap kali hujung minggu. Hujan yang sering turun pada lewat petang hampir setiap hari menyebabkan kami mengambil keputusan untuk melakukan aktiviti riadah hari ini pada awal hari.
Dan setelah puas beriadah, sudah pastinya sarapan pagi tidak akan kami tinggalkan. Kami membuat keputusan untuk singgah bersarapan pagi di Fook Yuen Care & Restaurant, Karamunsing Capital. Restoran ini adalah persinggahan wajib kami setiap kali hujung minggu atau ketika bercuti. Ia bukan sahaja menawarkan makanan ala Cina, barat dan segera tetapi juga murah.
Pilihan makanan kami ialah roti bakar, roti kawin, kuey teow goreng, telur mata kerbau, fishball, Milo suam (RM1.70) dan air tebu (RM1.80).




Kami pasti akan kembali lagi ke Fook Yuen Cafe & Restaurant kerana ia persinggahan wajib untuk menu yang ringkas. Untuk mereka yang gemar melayari internet, kafe ini menyediakan perkhidmatan 'Wi-Fi' secara percuma. Kafe ini terletak di kawasan perniagaan baharu, Karamunsing Capital bersebelahan dengan Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu. Mari bah, pi cari makan di sini.
0 komen
Post a Comment