Tiada apa lagi yang lebih membahagiakan selain daripada menghabiskan masa untuk bersantai sambil menjamu selera.
Di tengah-tengah kesibukan bandaraya Kota Kinabalu, kita masih dapat merasai santapan di tempat-tempat yang terbuka.
Meluangkan masa menjamu perut, pada waktu pagi di Grace Point, Sembulan, Kota Kinabalu sambil menyedut udara yang segar sangat memberi kepuasan. Apatah lagi dengan hidangan ala Melayunya yang enak, memungkinkan kami untuk datang lagi ke tempat ini di masa akan datang.
Grace Point menyediakan gerai-gerai makanan yang terdiri daripada menu masakan antarabangsa termasuk makanan Melayu, Cina, India, Korea dan daripada beberapa negara lain. Menariknya, terdapat juga gerai yang menyediakan masakan etnik orang Sabah.
Namun, hari ini kami hanya berpeluang untuk merasai makanan di salah sebuah gerai yang terdapat di sini, iaitu gerai Nasi Lemak.
Hidangan pilihan kami adalah nasi lemak, sebiji telur mata lembu, seketul ayam goreng, sebiji kuih tahi itik dan sandwich tuna, kesemuanya berharga RM8.00.
Pesanan minuman kami ialah jus blackcurrent dan mangga yang berharga RM2.30 setiap satu.
Walaupun harga hidangan yang ditawarkan di sini sedikit tinggi daripada yang terdapat di luar, ia tetap berbaloi kerana hidangannya sedap dan kawasan makannya yang selesa.
Sogoh
Thursday, April 16, 2009 4:44:00 AM
wa...sedap juga menu di ni...kan :) emmmm
PENAGRAFI
Thursday, April 16, 2009 9:29:00 PM
Hello Sogoh, nmpknya kamu org pertama yg memberi kome di sini...
Anonymous
Saturday, February 20, 2010 2:10:00 AM
mo tau yg paaaalingggggg sedap d grace point ni?? ikan masak asam pedas...sedap betullll..ndak tipu.try it urself...