Sukan Bermotosikal

Sukan permotoran selalunya dianggap sebagai satu sukan yang melibatkan pelaburan wang yang besar. Namun, kini ia telah mula dikembangkan di Kota Kinabalu khasnya oleh penggemar sukan ini sejak kebelakangan ini.

Bertempat di perkarangan tempat letak kereta Kompleks Sukan Likas, kami berkesempatan melihat sebuah perkumpulan komuniti yang menjalankan aktiviti bermotosikal. Komuniti ini disertai oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Keunikannya, motosikal yang digunakan adalah berskala kecil dan kanak-kanak juga mampu untuk turut sama menyertai sukan ini.

Ia adalah satu sukan yang sihat dan boleh dilakukan oleh setiap ahli keluarga sebagai cara untuk bersosial dan bertukar-tukar pendapat di antara mereka. Selain itu, secara tidak langsung mereka dapat memperkenalkan sukan ini kepada anak-anak muda dan orang awam.






0 komen



Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates